Soalan Lazim

Question: Adakah fail dan dokumen syarikat saya selamat?

Ya, fail anda selamat dengan kami! English Monitor mengambil serius perkara keselamatan dokumen. Portal muat naik kami menggunakan penyulitan SSL lanjutan tahap tentera (sama seperti perbankan dalam talian anda). Penterjemah, penyunting dan penerbit desktop kami telah menandatangani perjanjian kerahsiaan dan terlatih untuk mematuhi amalan kerja selamat.

Question: Mengapa saya harus menggunakan seorang pakar untuk terjemahan saya?

Untuk terjemahan khusus yang tepat, amat penting supaya kandungan teknikal tersebut difahami dan supaya penterjemah tersebut memiliki pengetahuan bidang. Pengetahuan bahasa sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan terjemahan teks teknikal, saintifik atau akademik yang efektif. Setiap industri, sektor pasaran atau disiplin akademik mempunyai istilah, bahasa dan ungkapan yang tersendiri. Penterjemah berkepakaran memiliki tahap kemahiran yang wajib untuk penterjemahan bahan anda secara tepat.

Question: Mengapa penyuntingan dan pembacaan pruf profesional sangat penting?

Penyuntingan dan pembacaan pruf profesional adalah peringkat penting yang perlu dilalui oleh mana-mana dokumen atau teks. Jika teks akan dibaca oleh klien, pelanggan, pemegang saham atau penilai, ia mesti tepat!

Penulisan bahasa English yang serba kekurangan boleh mencemarkan imej profesional dan/atau kebolehpercayaan akademik anda. Jangan lakukan kesilapan menghabiskan wang dan masa untuk menghasilkan bahan yang merosakkan peluang anda untuk memenangi bisnes atau menunjukkan imej profesional berkualiti tinggi atau gred yang anda layak terima hanya kerana English yang lemah!

Tanya diri anda ‘adakah dokumen/teks ini perlu dipersembahkan?‘ jika jawapan ialah ‘ya‘ maka teks ini perlu melalui fasa penyuntingan dan pembacaan pruf profesional.

 

Penutur ESL: Jika English ialah bahasa kedua anda, English Monitor akan mengolah tulisan English anda sehingga tahap kualiti dan kecanggihan yang hanya boleh dicapai oleh seorang penyunting English natif profesional.

Penyuntingan pasca terjemahan. Penyuntingan dan pembacaan pruf oleh seorang penutur English natif adalah fasa terjemahan yang sangat penting bagi memastikan teks mencapai kejelasan standard penutur natif.

Penyunting dan pembaca pruf English natif dari English Monitor adalah pakar penulisan dan berkepakaran bidang.

Question: Berapa cepat tugas saya boleh disiapkan?

Agak laju! Penterjemah kami bekerja pada kelajuan anggaran 200 perkataan setiap jam atau 2000 perkataan setiap hari. Penyunting kami bekerja pada kelajuan anggaran 500 perkataan setiap jam atau 5000 perkataan setiap hari. Pasukan DTP English Monitor boleh melaraskan dokumen anda sehingga sempurna dengan cepat – selagi bahan dan fail imej sumber disediakan oleh pelanggan.

Jika pelanggan memuat naik dokumen atau teks yang didapati mustahil untuk diselesaikan dalam tempoh masa yang diinginkan, kami akan segera memaklumkan pelanggan dan akan membuat bayaran balik.

Question: Mengapa pilih penyunting berkepakaran khusus?

Penyunting English Natif dengan kepakaran khusus dalam bidang / industri anda akan memastikan bahawa teks anda ditulis sehingga tahap kemahiran natif. Ini bukan sahaja termasuk ejaan, tanda baca dan tatabahasa yang tepat, malah penggunaan perkataan dan istilah yang spesifik kepada bidang atau industri anda. Peyunting profesional juga memperbetulkan sintaks, aliran, gaya dan nada. Penggunaan penyunting English natif adalah penting untuk memastikan teks ditulis semula sehingga standard profesional. Anda tidak akan diambil serius sebagai sesuatu organisasi akademik atau perniagaan sekiranya English anda tidak mencapai tahap kualiti profesional!

‘Disunting oleh penyunting profesional sebenar – bukan mesin!’

Question: Bagaimana English Monitor menjejak perubahan yang dilakukan?

Kebanyakan masa, kami mengekstrak teks anda dan menyunting dalam Microsoft Word. Dengan cara ini anda boleh melihat perubahan yang dilakukan. Jika anda perlukan teks disunting dalam PPT, PDF, XLS atau aplikasi lain, ciri track changes tidak disediakan.

Question: Bagaimana jika saya tidak berpuas hati dengan dokumen/teks saya?

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan dokumen yang disunting, kami akan melakukan suntingan teks sehingga anda 100% berpuas hati. Ini hanya berkenaan tugas yang melalui proses perkhidmatan suntingan. Jika pelanggan memilih perkhidmatan ‘terjemahan sahaja’ tanpa suntingan dan bacaan pruf pasca terjemahan, jaminan ini tidak diberikan.

Question: Bolehkah saya menyerah dokumen/teks yang diterjemah mesin untuk disunting?

Sebaiknya jangan! Ini bergantung pada tahap kepentingan dokumen ini dari segi penyampaian. Ini mungkin boleh dilakukan untuk dokumen/komunikasi internal, tetapi pendekatan English Monitor ialah ‘terjemahan kualiti terunggul’. Besar kemungkinan sebuah mesin tidak dapat menghasilkan maksud, nuansa, simpulan bahasa dan ungkapan yang tepat dan ini akan terlihat dalam teks akhir, meskipun dengan kemahiran penyuntingan kami. Kami sentiasa mencadangkan terjemahan profesional terlebih dahulu.