Siapa kami

English Monitor terdiri daripada pasukan global pakar bahasa English natif. Tenaga kerja kami terdiri daripada penterjemah dan penyunting English yang terlatih. Masing-masing mempunyai latar belakang akademik, teknikal dan industri spesifik. Secara asasnya kami adalah pasukan penulis bahasa English yang beroperasi dalam bidang penulisan akademik, teknikal dan komersial. Matlamat tunggal kami adalah untuk menghasilkan bahan dan komunikasi korporat taraf kelas dunia.

Mengapa pilih English Monitor?

Cara seseorang individu atau organisasi komersial berkomunikasi meninggalkan tanggapan kekal kepada orang lain. Untuk menghasilkan imej yang berkualiti dan dihormati, kandungan dan dokumen bahasa English mesti ditulis dengan bahasa yang betul menggunakan istilah, nada, suara dan gaya betul.

Organisasi perniagaan & komersial

Bahan bisnes dan komersial, dokumen rasmi dan teknikal perlu ditulis dalam standard tertinggi secara profesional. Cara sebuah syarikat berkomunikasi dengan klien, pelanggan dan pemegang saham meninggalkan kesan langsung kepada imej dan reputasi syarikat itu. Penutur ESL yang menghasilkan kandungan dan dokumen English berstandard rendah mengakibatkan syarikat kelihatan murah tanpa kawalan kualiti yang mencukupi. Syarikat dan pelanggan negara-negara Barat tidak menghormati syarikat yang tidak mampu berkomunikasi pada standard profesional. Mengapa berbelanja untuk penjenamaan, pemasaran dan imej korporat hanya untuk merosakkan kredibiliti dengan bahan dan komunikasi English yang kurang memuaskan? Syarikat yang membelanjakan wang untuk penjenamaan, pengiklanan dan imej tidak harus menghampakan diri sendiri pada saat terakhir dengan bahan dan komunikasi dalam bahasa English substandard.

Pelajar & akademik

Begitu juga penutur ESL yang menulis teks akademik yang kehilangan kredibiliti kerana penggunaan English berstandard rendah. Mengapa melabur masa dan usaha dalam kaji selidik hanya untuk menghasilkan teks substandard , tidak ditulis dengan baik dan kekurangan kredibiliti serta profesionalisme?“Bukan sekadar terjemahan dan suntingan – kami memastikan bahan dan komunikasi anda dalam bahasa English ditulis dengan mahir sehingga mencapai standard tertinggi” 

Mengapa kami hanya tertumpu kepada bahasa English

Bahasa English, sepertimana bahasa lain, sangat khusus. Penutur natif boleh mengetahui serta-merta jika sesuatu teks telah ditulis oleh penutur ESL (English Sebagai Bahasa Kedua). Amat penting sekali agar sebuah perniagaan dan individu yang ingin memaparkan imej profesional berkualiti tinggi untuk memastikan kandungan, teks dan dokumen bahasa English mereka dihasilkan sehingga standard yang tertinggi.